SK KG TEKAJONG: KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON TANJUNG SIRIK (ZOTAS)
TARIKH: 8 MEI 2025
MASA: 8 PAGI - 4 PETANG
TEMPAT: STADIUM MINI DARO
PENYERTAAN / PENGLIBATAN: WARGA SEKOLAH, PKKK, WAKIL SEKOLAH (18)
ISU / FOKUS / AKTIVITI:
1. Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan murid melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan olahraga.
2. Mengenalpasti dan mencungkil bakat murid dalam bidang olahraga.
3. Membentuk sahsiah dan nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat kesukanan, kerjasama, disiplin dan ketahanan mental.
PELAKSANAAN:
Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan salah satu acara penting dalam takwim persekolahan. SK Kg Tekajong telah menghantar satu pasukan untuk menyertai acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga MSS Zon Tanjung Sirik. Sukacita dimaklumkan bahawa empat orang peserta telah dipilih untuk mewakili Zon Tanjung Sirik dalam MSS Daerah Daro yang akan berlangsung di Stadium Sarikei akan datang. Tahniah diucapkan kepada:
1. Adik Azzizul Fahmi (Acara lompat jauh dan acara balapan)
2. Adik Nur Azzalea Syasya (Acara balapan)
3. Adik Asfalisya Aina (Lontar Peluru)
4. Adik Putri Nur Aisyah (Lontar Peluru)
GAMBAR / VIDEO:
PENUTUP:
Sokongan daripada ibu bapa dan penjaga telah sama-sama menyerikan penglibatan SK Kg Tekajong pada kali ini. Semoga program ini dapat memberikan kenangan manis dan pengalaman baik kepada anak-anak didik SK Kg Tekajong.
DISEDIAKAN OLEH:
Cikgu Fahirus
Guru Kanan Kokurikulum



