SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM PERGIGIAN 2025

TARIKH: 8-11 JULAI 2025

MASA: 8-11 PAGI

Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah menerima kehadiran pasukan kesihatan pergigian bahagian Dalat untuk membuat pemeriksaan gigi.

Pemeriksaan ini melibatkan semua murid dari pra sekolah sehingga murid tahun 6. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai perkongsian telah dikongsi oleh jururawat antaranya, praktikal menggosok gigi dengan cara yang betul, pemeriksaan gigi secara berkala dan ceramah kesihatan melibatkan gigi dan mulut.

Program pergigian ini telah memberi impak yang baik serta kesedaran kepada semua murid berkaitan pentingnya menjaga kesihatan mulut dan gigi.












Post a Comment

Previous Post Next Post