SK KG TEKAJONG: INTRODUCTION TO CODING WITH SCRATCH | RBT YEAR 6
TARIKH: 25 JUN 2025
HARI: RABU
MASA: Waktu PdPC RBT
PENGLIBATAN: PANITIA RBT, GURU MP RBT TAHUN 6, PELAJAR TAHUN 6
ISU / FOKUS / AKTIVITI:
Fokus Aktiviti:
-
Memberi pendedahan awal kepada murid tentang konsep asas pengaturcaraan (coding).
-
Mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 dalam PdPC melalui penggunaan aplikasi Scratch.
-
Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.
PELAKSANAAN:
1. Penerangan Ringkas – Guru memperkenalkan aplikasi Scratch dan konsep “block coding”.
2. Demonstrasi Guru – Menunjukkan cara membina animasi ringkas (contoh: watak bergerak dan mengeluarkan suara)
3. Aktiviti Hands-on – Murid secara berkumpulan menghasilkan projek mudah seperti pergerakan watak, perubahan latar belakang dan penambahan bunyi
4. Pembentangan Kumpulan – Setiap kumpulan membentangkan hasil projek Scratch mereka.Refleksi
5. Penutup – Guru memberi maklum balas, murid berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi.
GAMBAR / VIDEO:
PENUTUP:
Program “Introduction to Coding with Scratch” berjaya memberi pendedahan awal kepada murid Tahun 6 tentang asas pengaturcaraan. Walaupun terdapat beberapa kekangan, aktiviti ini telah meningkatkan minat murid terhadap bidang sains komputer dan selari dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid yang celik digital, kreatif serta inovatif.
DISEDIAKAN OLEH:
Cikgu Akif
Guru RBT Tahun 6




