SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM MINGGU SENI DIGITAL 2025

TARIKH: 24-25 NOVEMBER 2025

MASA: 7.30 AM – 12.30 PM 

Pada minggu lepas SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan program minggu seni digital yang melibatkan gabungan dari panitia RBT, Sains, PSV, dan Kaunseling sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan antaranya ialah, pertandingan mencipta diorama rumah hijau dan video kreatif anti buli. Kesemua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik dari semua murid dan guru sepanjang program ini berlangsung.

Tujuan program ini diadakan adah bertujuan mengintegrasikan seni dan teknologi serta menonjolkan kreativiti dan nilai estetika terhadap projek yang diberikan.

Program ini telah berjaya berjalan dengan lancar dan semua murid telah mendapat pengalaman yang menarik melalui aktivti minggu seni digital ini.











Post a Comment (0)
Previous Post Next Post