Panduan Tuntutan TERKINI untuk GURU

Borang Tuntutan Baharu Tahun 2020



Mulai tahun 2020 ini, segala borang tuntutan perlulah menggunakan format baharu. Borang tuntutan hanyalah kepada pegawai apabila menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus yang dihadiri.

Pastikan semua dokumen adalah lengkap dan dihantar kepada pengajur mesyuarat / taklimat / kursus dengan kadar yang segera. Dokumen sokongan perlulah disusun mengikut terbit seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Muka Depan Akaun Bank Gaji
  3. Salinan Penyata Gaji / Payslip (bulan semasa)
  4. Surat Kebenaran Menggunakan Kenderaan Ibu/bapa, Suami/isteri, atau Anak jika guna kenderaan bukan milik hakmilik sendiri
  5. Borang Kelulusan Ketua Jabatan menggunakan Kenderaan Sendiri bagi perjalanan melebihi 240km (jika berkenaan)
  6. Salinan Surat Panggilan Mesyuarat/Taklimat/Kursus termasuk aturcara/tentatif program
  7. Resit Terksi, Grab, Kapal Terbang, Kereta Sewa, Bas, Feri dan lain-lain tambang pengangkutan awam (jika berkenaan)
  8. Resit Hotel (jika berkenaan)
  9. Resit Dobi, Tempat Letak Kenderaan dan Lebihan Bagasi (jika berkenaan) 





 Photo by Lukas from Pexels
Previous Post Next Post