Pada 17 Oktober 2020 yang lepas, jawatankuasa asrama SK Kuala Matu telah menganjurkan aktiviti 'barbeque dan karaoke' di asrama sempena minggu tidak balik kampung asrama. Dalam aktiviti ini murid asrama diberi peluang untuk memanggang ayam, berkaraoke dan menyampaikan persembahan secara berkumpulan. Aktiviti ini bukan sekadar berjaya menggembirakan murid asrama tetapi ia juga memberi peluang murid asrama berkarya dan menunjukkan bakat masing-masing dalam nyanyian dan persembahan berkumpulan. Tahniah dan terima kasih buat Jawatankuasa asrama khasnya warden asrama cikgu Raymond Leo Junior, penyelia asrama Puan Rosmala Binti Masra dan PPM asrama Puan Suriati dan Encik Khairuzzaman. Aktiviti ini mungkin tidak membawa apa-apa makna buat orang lain, namun di hati murid asrama aktiviti ini sangat bermakna apatahlagi saat berjauhan dari ibu bapa di rumah.
- Home
- Kenali Kami
- _SISC+ Bahasa
- _SISC+ SN & MT
- _SISC+ Sains Sosial
- _SISC+ TVET
- Channel
- _Calendar SISC+
- _Telegram Channel SISC+
- _Youtube Channel SISC+
- _Helpdesk Matematik
- INTERVENSI / AKTIVITI
- _Intervensi Guru
- _Intervensi Murid
- _Aktiviti SISC+
- _Aktiviti TS25
- _Aktiviti PLC
- _Aktiviti Kajian Tindakan / Kajian Inovasi
- _Aktiviti STEM / PBL STEM
- _Aktiviti DLP
- _Aktiviti KBAT / PKL
- _Aktiviti Panitia MP
- Rujukan
- Hebahan













