Pada 17 December 2020, satu siri mesyuarat terakhir merangkumi mesyuarat pengurusan sekolah, mesyuarat jawatankuasa kurikulum, mesyuarat jawatankuasa Hal Ehwal Murid dan mesyuarat Kokurikulum telah diadakan di bilik mesyuarat bermula pada pukul 8:30pagi dan dihadiri oleh semua guru dan AKP sekolah. Siri mesyuarat ini merangkumi pembentangan pencapaian sekolah dalam semua bidang, program-program dan aktiviti sekolah serta sedikit perancangan awal bagi tahun 2021 sebagai persediaan semua warga sekolah sebelum pembukaan sekolah pada tahun 2021 kelas. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga mengambil peluang untuk bergambar bersama selepas sahaja siri mesyuarat selesai. Syabas dan tahniah buat semua warga SK Kuala Matu atas kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2020. Moga tahun 2021 nanti banyak lagi kejayaan akan dicapai. #pedepahpebayah
- Home
- Kenali Kami
- _SISC+ Bahasa
- _SISC+ SN & MT
- _SISC+ Sains Sosial
- _SISC+ TVET
- Channel
- _Calendar SISC+
- _Telegram Channel SISC+
- _Youtube Channel SISC+
- _Helpdesk Matematik
- INTERVENSI / AKTIVITI
- _Intervensi Guru
- _Intervensi Murid
- _Aktiviti SISC+
- _Aktiviti TS25
- _Aktiviti PLC
- _Aktiviti Kajian Tindakan / Kajian Inovasi
- _Aktiviti STEM / PBL STEM
- _Aktiviti DLP
- _Aktiviti KBAT / PKL
- _Aktiviti Panitia MP
- Rujukan
- Hebahan






