SK KAMPUNG SAWAI: HARI PERMUAFAKATAN/ PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) FASA 1

TARIKH: 16 JULAI 2025

MASA: 12.20-1.00PM

Satu sesi permuafakatan telah dijalankan semalam di Dewan Solar SK Kampung Sawai. Permuafakatan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ibubapa tentang markah pentaksiran yang telah dijalankan baru-baru ini.

Selain itu, agenda lain turut dimuat masuk dalam sesi semalam, antaranya ialah perbincangan tentang program yang akan berlangsung pada bulan Ogos serta perbincangan mengenai masalah yang dihadapi di sekolah.

Sesi permuafakatan ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh semua ibubapa dan sesi ini akan diteruskan lagi pada sesi yang akan datang.











 


Post a Comment

Previous Post Next Post