SK KAMPUNG SAWAI: MAJLIS LAN BRAMBEH

 TARIKH: 13 MEI 2025

MASA: 11.00-12.00 AM

Kebudayaan adalah satu bentuk perpaduan yang boleh membawa kepada keharmonian dalam sesebuah masyarakat.

Mengambil kata-kata tersebut, SK Kampung Sawai telah berjaya melaksanakan satu majlis yang menghimpunkan perayaan bagi setiap kaum yang ada di Sk Kampung Sawai. Perayaan hari raya Aidilfitri, Gawai, dan Tahun Baru Cina telah digabungkan dalam satu majlis yang dikenali sebagai Lan Brambeh.

Menjemput YB Safiee Ahmad untuk sama-sama meraikan majlis ini, beliau menyatakan bahawa aspek persefahaman adalah titik yang paling penting dalam meraikan kepelbagaian kaum demi melahirkan suasana yang harmoni.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari komuniti Sawai. Bermula dengan ucapan YB, diikuti acara berlanggar meja dan seterusnya menikmati hidangan dan juadah yang telah disediakan oleh komuniti kampung.

Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan telah memberi impak yang sangat baik dari segi nilai dan moral kepada murid.











Post a Comment

Previous Post Next Post