SK ORANG KAYA MUDA PAKERI: PROGRAM STI 100 (FASA II) & STEM IN 30 SECONDS SK ORANG KAYA MUDA PAKERI PALOH

 1) NAMA SEKOLAH:

Sk Orang Kaya Muda Pakeri Paloh

 

2) NAMA PROGRAM:

Program Sti 100 (Fasa II) & Stem In 30 Seconds Sk Orang Kaya Muda Pakeri Paloh

 

3)TARIKH PELAKSANAAN:

7 Julai 2025 I Isnin

 

4)KUMPULAN SASARAN:

Murid-murid SKOKMP

 

5)PENGISIAN PROGRAM:

Program STI 100 (FASA II) & STEM in 30 seconds telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan melibatkan semua murid dan guru SKOKMP.

Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang konsep STEM melalui aktiviti ringkas dan menyeronokkan disamping membina kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah dan kreativiti murid.

Program ini melibatkan penerangan daripada Cikgu Nor Farah Atiqah bt Yatim dan juga menampilkan persembahan khas daripada beberapa orang Saintis cilik sekolah iaitu adik Nur Dhia Shakeela bt Sulaiman, adik Nur Syifa Mardhiyah bt Mohammad Afri dan adik Muhammad Amsyar Nawfal bin Asre.

6)GAMBAR:

 
















 

7)PENUTUP:

Semoga dengan program sebegini dapat memberi pengalaman bermakna kepada murid dan sekaligus meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

8)DISEDIAKAN OLEH:

NOR FARAH ATIQAH BINTI YATIM

PENYELARAS STEM SKOKMP

Post a Comment

Previous Post Next Post