SK KG TEKAJONG: PROGRAM BICARA KENEGARAAN - AKU KASIH MALAYSIA
TEMA: AKU KASIH MALAYSIA
PENGLIBATAN: Murid Sekolah Rendah (Tahun 1 - Tahun 6), Warga Sekolah, Guru, AKP, Guru KAFA
ISU / FOKUS / AKTIVITI:
1. Meningkatkan kesedaran dan semangat kenegaraan dalam
kalangan rakyat Malaysia melalui penyertaan beramai-ramai
dalam bicara kenegaraan yang terbesar dan teramai pernah
dianjurkan di Malaysia;
2. Mendapatkan kerjasama dan sokongan dari rakan strategik
agensi dalam menjayakan latihan kenegaraan kepada belia,
penjawat awam, korporat dan swasta, pengamal media serta
komuniti bagi program latihan yang berterusan (life long
learning); dan
3. Membawa nama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
sebagai agensi peneraju latihan kenegaraan di Malaysia yang
boleh dimanfaat oleh belia dan komuniti di Malaysia.
PELAKSANAAN:
1. Ketibaan murid dan pendaftaran.
2. Nyanyian lagu Negaraku.
3. Lafaz Ikrar Rukun Negara.
4. Ucapan aluan Guru Penyelaras.
5. Bicara Kenegaraan (Bacaan teks oleh Pentadbir Sekolah).
6. Pembacaan Teks "Aku Kasih Malaysia" oleh Adik Auni Hulwah Hijrah.
7. Laungan "Aku Kasih Malaysia" (3 kali laungan).
8. Bersurai.
GAMBAR / VIDEO:
PENUTUP:
Program Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia ini merupakan
sebahagian daripada usaha dalam memperkasa jati diri dan semangat
kenegaraan dalam kalangan pelajar secara berterusan selaras dengan
prinsip dan aspirasi Malaysia MADANI.
DISEDIAKAN OLEH:
Cikgu Akif
Guru Penyelaras Program




