TARIKH: 21 JULAI 2025
SK Kampung
Sawai telah berjaya merangkul naib johan dalam Pertandingan Robomania Football
Cup Borneo Zon. Kejayaan ini telah melayakkan SK Kampung Sawai meneruskan
pertandingan ke pringkat kebangsaan di Pulau Pinang.
Pasukan ini
telah diwakili 4 orang murid beserta 2 orang guru pembimbing iaitu cikgu
Firdhauz dan cikgu Husairi. Menurut ketua pasukan iaitu adik Isaac, beliau
menyatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil dari bimbingan dari guru-guru
mereka serta komitmen dan disiplin dalam menjalankan latihan untuk lebih mahir
dalam mengendalikan robot-robot tersebut.
Kejayaan ini
sekaligus telah mengharumkan nama sekolah dan telah memberikan kenangan yang
manis kepada semua murid yang terlibat.





