SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM GOTONG ROYONG PIBG MADANI

TARIKH: 23 OGOS 2025

MASA: 7.15 – 12.30 PM

Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah melaksanakan program gotong royong dengan kerjasama PIBG. Program ini telah dilaksanakan di kawasan sekitar sekolah.

Antara pelaksanaan yang telah dilakukan ialah  membaik pulih laluan titian di hadapan pondok, mengecat semula bangunan depan astaka dan menceriakan taman pondok.

Kerjasama dari semua pihak telah melancarkan program ini dan menjadikan kawasan sekolah nampak lebih bersih dan cantik dari sebelumnya.











Post a Comment (0)
Previous Post Next Post