TARIKH: 25 OGOS 2025
Sempena Minggu Karnival Kokurikulum Dan Jubli Intan 60
Tahun Sk Kampung Sawai, pihak sekolah telah menjemput pihak AADK untuk memberi ceramah
kesedaran tentang bahaya dadah.
Program ini
telah mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran PIBG dan komuniti
setempat. Pelbagai maklumat telah dikongsikan oleh penceramah dan pihak AADK
turut membuka tapak pameran untuk memperlihatkan jenis-jenis dadah.
Perkongsian
ini telah memberi manfaat yang sangat baik kepada semua dan murid-murid-murid
turut mendapat pengajaran dari bahana pengambilan dadah.






