SK KAMPUNG SAWAI: JUARA SUMO ROBOT COMPETITION 2025

TARIKH: 5 – 6 DISEMBER 2025

Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai sekali lagi telah mencipta sejarah apabila merangkul Juara dalam kategori Sumo Robot Competition 2025.

Pertandingan ini telah berlangsung di i-CATS University College Kuching dan telah diwakili oleh 6 orang murid bersama guru pembimbing mereka iaitu Cikgu Mohd Firdhauz bin Senan.

Kejayaan ini sangat bermakna kerana SK Kampung Sawai telah berjaya mengalahkan 52 sekolah dari seluruh Borneo. Hasil kegigihan dan semangat juang yang luar biasa dari murid-murid telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan dan kejayaan ini telah menjadi pencetus inspirasi untuk semua murid yang lain untuk terus berusaha dalam apa jua bidang yang diceburi.











Post a Comment (0)
Previous Post Next Post