TARIKH: 1 – 3 DISEMBER 2025
Pada minggu
lepas, SK Kampung Sawai telah berkolaborasi dengan SK Sungei Passin dalam menjayakan
Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah bertempat di SK Kampung Sawai.
Perkhemahan
yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti
yang menarik serta mencabar untuk semua peserta. Antara aktivti yang telah
dilakukan adalah belajar ikatan tali temali, pembinaan gajet, jerat ayam dan
pelbagai lagi aktiviti lain yang menyeronokkan
Semangat
serta disiplin dari semua peserta dan guru yang terlibat telah menjadikan aktiviti
perkhemahan in berjalan dengan lancar dan baik tanpa ada sebarang masalah.
Kesemua
perserta telah mendapat banyak pelajaran dan nilai murni melalui perkhemahan
ini serta mendapat pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang.
