TARIKH: 9-10 NOVEMBER 2025
Pasukan wakil SK
Kampung Sawai telah melakar satu kejayaan yang membanggakan apabila telah
berjaya berada dalam barisan terbaik 16 dari 52 pasukan seluruh Malaysia yang
berentap dalam pertandingan Techlympics peringkat kebangsaan (akhir) yang
berlangsung di MITC Melaka baru-baru ini.
Seramai enam
wakil murid diiringi guru pembimbing mereka iaitu Cikgu Mohd Firdhauz bin Senan
telah mengharumkan nama sekolah dan menjadikan sekolah pedalamm bukanlah
penghalang untuk terus melakar kejayaan terutamanya dalam bidang sains dan
digital.
Kejayaan ini
telah memberi kenangan yang manis kepada semua murid yang terlibat dan SK
Kampung Sawai akan terus maju kehadapan seiring dengan perjalanan Pendidikan
masa kini yang bergerak ke arah sains dan inovasi.




