TARIKH: 12 – 16 JANUARI 2026
MASA 7.00 – 12.00 TENGAHARI
Program First
Day at School telah berjaya dilaksanakan selama seminggu di SK Kampung Sawai. Pada
awal pagi lagi, murid-murid telah disambut dengan mesra oleh guru-guru sebagai
pemangkin semangat dan rasa seronok ingin ke sekolah.
Antara pengisian
yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah perkongsian amanat
keselamatan dari pihak PDRM, program transisi tahun satu, gotong-royong ceriakan
kelas, sukaneka sekolah, dan pelbagai lagi aktiviti lain yang sangat menarik.
Program First
Day at School selama seminggu ini telah berjaya berjalan dengan lancar dan semua
murid berasa seronok dan gembira dengan suasana dan keceriaan sekolah mereka.






