SK KG TEKAJONG: MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN- AKTIVITI PANITIA PAI
Perkara/Aktiviti : Program Kerohanian & Sambutan Israk Mikraj 1447H
Tarikh/Hari : 16 Januari 2026
Objektif :
Kecintaan Al-Quran: Memupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan murid sebagai amalan harian untuk mencari keberkatan dalam menuntut ilmu.
Penghayatan Sirah: Memperingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa agung Israk Mikraj serta memahami kepentingan perintah solat lima waktu.
Kesejahteraan Sekolah: Memohon perlindungan dan kesejahteraan bagi seluruh warga sekolah menerusi bacaan doa selamat dan Yassin.
Ukhuwah Filillah: Mengeratkan silaturahim dan "mencipta persahabatan" yang murni dalam kalangan warga sekolah melalui majlis ilmu.
Penglibatan : Semua murid Prasekolah, Tahun 1- 6, Guru dan Staff Sekolah.
Aktiviti :Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat: Dipimpin oleh guru agama atau wakil murid untuk memulakan pagi dengan pengisian rohani.
Tazkirah Israk Mikraj: Slot ceramah ringkas dan tayangan video mengenai perjalanan Nabi Muhammad SAW (Ibrah Israk Mikraj).
Kuiz Santai Kerohanian: Soalan-soalan spontan mengenai peristiwa Israk Mikraj untuk menguji kefahaman murid-murid (Tahap 1 & 2).
Aktiviti Mewarna : Aktiviti kreatif bertemakan Israk Mikraj




.jpg)

