SK KG TEKAJONG: WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS
Perkara/Aktiviti : Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas
Tarikh/Hari : 19 Januari 2026
Objektif :
Memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik memegang jawatan.
-
Menanam rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
-
Meningkatkan disiplin dan kepimpinan dalam kalangan murid.
-
Membantu pihak sekolah dalam mengurus disiplin dan kebajikan murid.
-
Membentuk murid yang berwibawa, berdisiplin dan berkeyakinan.
-
Melahirkan contoh teladan yang baik kepada murid lain.
Penglibatan : Semua murid Prasekolah, Tahun 1- 6, Guru dan Staff.
Aktiviti:
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah dan doa.
-
Ucapan oleh guru bertugas atau guru besar.
-
Bacaan ikrar oleh pengawas dan ketua kelas yang dilantik.
-
Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
-
Sesi bergambar bersama pihak pentadbir sekolah.
-
Majlis perhimpunan ditamatkan.






