SK MOHAMAD REDEH SAAI: LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH KESELAMATAN

Nama Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Mohamad Redeh Saai

Nama Program:
Latihan Kebakaran dan Ceramah Keselamatan

Tarikh Pelaksanaan Program:
21 April 2026 | Selasa

Kumpulan Sasaran:
Semua guru dan murid SK Mohamad Redeh Saai

Pengisian Program:
- Latihan kebakaran
- Demonstrasi pemadaman kebakaran
- Rehat
- Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan wakil Guru Besar
- Ceramah keselamatan
- Penyampaian cenderahati
- Sesi fotografi dan bersurai


Gambar:





Penutup:
Secara keseluruhannya, Program Latihan Kebakaran dan Ceramah Keselamatan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini telah meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran. Melalui latihan dan ceramah yang dijalankan, peserta dapat memahami prosedur keselamatan yang betul serta tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kecemasan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan budaya keselamatan sentiasa diamalkan dalam kalangan warga sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh:
Meriam binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Mohamad Redeh Saai

Post a Comment

Previous Post Next Post