SK KG TEKAJONG: KEJOHANAN BOLA JARING MSS ZOTAS

SK KG TEKAJONG: KEJOHANAN BOLA JARING MSS ZOTAS 

TARIKH: 22.5.2025 
HARI: KHAMIS
TEMPAT: SK KG PENIPAH
PENGLIBATAN: Jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring, pasukan bola jaring sekolah

ISU / FOKUS / AKTIVITI:

Fokus Aktiviti:

  • Memberi peluang murid berbakat mewakili sekolah dalam pertandingan sukan bola jaring.

  • Meningkatkan tahap kecergasan, disiplin dan semangat kesukanan murid.

  • Melahirkan atlet sekolah yang berdaya saing di peringkat lebih tinggi.


PELAKSANAAN:
  1. Pendaftaran Pasukan – Pasukan sekolah mendaftar di venue, SK Kg Penipah. 

  2. Pertandingan

    • Perlawanan dijalankan secara liga kumpulan dan kalah mati.

    • Pasukan sekolah bertanding menentang beberapa buah sekolah lain di bawah Zon Tanjung Sirik.

  3. Keputusan Pertandingan

    • Tahniah! SK Kg Tekajong berjaya mendapat tempat kedua, iaitu Naib Johan.

    • Dua orang pelajar sekolah telah berjaya terpilih untuk mewakili Zon Tanjung Sirik ke peringkat bahagian.  


GAMBAR / VIDEO: 








PENUTUP:
Melalui kejohanan ini, murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran bola jaring, malah menghayati nilai kesukanan seperti disiplin, kerjasama dan semangat juang. Pasukan sekolah telah menunjukkan prestasi membanggakan dan berpotensi untuk terus maju ke peringkat yang lebih tinggi.


DISEDIAKAN OLEH:
Tahirah Binti Baijuri
Guru Pengiring Pasukan Bola Jaring SKTD


Post a Comment

Previous Post Next Post