SK KG TEKAJONG: PLC PELAKSANAAN TMK DALAM BILIK DARJAH (ICT IN ENGLISH)
Tarikh: 27 MEI 2025
Masa: WAKTU PDPC BAHASA INGGERIS
Tempat: BILIK DARJAH / BILIK GURU
PENGLIBATAN:
Secara keseluruhannya, seramai 13 orang guru termasuk pentadbir sekolah (100%) telah terlibat.
ISU / FOKUS / AKTIVITI:
Fokus Aktiviti:
-
Pendedahan kepada elemen TMK dalam PdPC Bahasa Inggeris.
-
Penggunaan aplikasi digital seperti Canva, Chrome Music Lab, Capcut, Youtube, Padlet, Google Classroom dan lain-lain.
Isu yang dikenal pasti:
-
Kekangan capaian internet yang kurang memberangsangkan.
-
Keperluan peranti (laptop/komputer) untuk mendalami pendigitalan PdPC.
PENUTUP:
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kemahiran guru dalam memanfaatkan TMK untuk PdPC Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat beberapa cabaran teknikal, inisiatif ini membuka ruang ke arah pendigitalan pendidikan yang lebih menyeluruh selaras dengan aspirasi TS25.
DISEDIAKAN OLEH:
Ketua Panitia Bahasa Inggeris SKTD


