SK KAMPUNG SAWAI: KARNIVAL TS25 STEM 2025

TARIKH: 23-24 OKTOBER 2025

MASA 7.30AM – 12.30PM

Pada minggu lepas, SK Kampung Sawai telah melaksanakan Karnival STEM selama 2 hari. Karnival yang sarat dengan aktiviti menarik ini telah memberi banyak pendedahan kepada murid tentang dunia sains yang boleh diterokai secara bebas tanpa sempadan.

Tujuan karnival ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi murid serta membina kemahiran berfikir aras tinggi.

Penglibatan murid yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan misi dunia sains telah memberi pengalaman yang menarik dan sekaligus karnival ini telah berjaya berlangsung dengan jayanya seiring telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.










Post a Comment (0)
Previous Post Next Post