TARIKH: 1 NOVEMBER 2025
MASA 7.30AM
– 12.30PM
Pada minggu
lepas, SK Kampung Sawai telah menghantar 3 orang wakil murid diiringi 2 orang
guru untuk menghadiri program kempen internet selamat yang diadakan di Dewan
Masyarakat Daro.
Program
anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis
Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini
bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet yang selamat dan
bertanggungjawab dalam kalangan murid sekolah.
Kesemua
peserta yang hadir telah mendapat pelbagai ilmu yang berguna dalam penggunaan
internet yang selamat serta akan selalu beretika dalam melayarinya.





