SK KAMPUNG SAWAI: PENYERTAAN ROBOMANIA FOTBALL 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH: 25 SEPTEMBER  2025

SK Kampung Sawai telah menyertai pertandingan Robomania Football 2025 bertempat di Komtar, Pulau Pinang. Seramai 4 orang murid telah mewakili sekolah dan ditemani oleh guru pengiring mereka iaitu Cikgu Firdhauz bin Senan.

Pengalaman berentap merebut juara di pentas kebangsaan telah memberi pengalaman yang indah kepada semua murid. Walaupun tidak mendapat kedudukan yang tinggi dalam keputusan akhir, namun usaha dan kegigihan mereka telah berjaya membawa nama Sawai hingga ke Pentas Kebangsaan.









Post a Comment (0)
Previous Post Next Post