SK KAMPUJNG SAWAI: JOHAN PERTANDINGAN ROBOT TEMPUR MALAYSIA TECH LYMPICS (KATEGORI SEKOLAH RENDAH)

TARIKH: 4 SEPTEMBER  2025

MASA 8.00AM – 6.00PM

SK Kampung Sawai telah menghantar 6 orang murid untuk mewakili pertandingan robot tempur yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Kuching.

Menurut guru pembimbing mereka iaitu Cikgu Mohd Firdhauz bin Senan, kesemua murid ini dipilih adalah untuk menggilap bakat serta mencuri peluang yang ada untuk meluaskan lagi pengalaman dengan tujuan mereka celik kepada dunia digital yang makin giat digunakan dalam dunia pendidikan sekarang.

Hasil usaha serta bimbingan, 1 kumpulan telah berjaya mendapat johan serta 1 kumpulan lagi berjaya mendapat tempat naib johan sekaligus melayakkan kesemuanya untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada bulan November di MITC, Melaka.

Pengalaman ini telah berjaya memberi kesan dan makna yang mendalam kepada semua murid untuk terus lebih gigih berusaha untuk berentap ke peringkat yang seterusnya.











Post a Comment (0)
Previous Post Next Post