SK KAMPUNG SAWAI: PROGRAM KEMUNCAK MAKAN MALAM SEMPENA 60 TAHUN JUBLI INTAN SAWAI

TARIKH: 30 OGOS 2025

MASA 7.00PM – 10.00PM

Sempena meraikan 60 tahun Jubli Intan SK Kampung Sawai, satu acara makan malam telah dilaksanakan pada 30 Ogos di Hotel Kingwood, Sibu.

Makan malam ini disambut penuh meriah dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan, Barisan wakil PPD Daro dan wakil agensi dan sektor swasta yang banyak menyumbang jasa kepada pembangunan dan kebajikan sekolah.

Menurut YB Ahmad Johnie, meraikan sambutan ini adalah sangat bagus bagi meraikan jasa dan pengorbanan siapa sahaja yang terlibat dalam pembangunan SK Kampung Sawai. Selain itu, beliau turut terharu dengan kehadiran ramai alumni yang menyokomg program ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Kehadiran tetamu yang meraikan sambutan makan malam ini telah memberi makna yang mendalam kepada semua warga SK Kampung Sawai sekaligus objektif program ini telah tercapai dengan jayanya.










Post a Comment (0)
Previous Post Next Post