SK NANGA SEMAH : MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2026

WATIKAH PELANTIKAN BARISAN PENGAWAS SEKOLAH SK NANGA SEMAH


TARIKH : 4 FEBRUARI 2026

HARI       : RABU

MASA     : 7.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN PERHIMPUNAN SK NANGA SEMAH

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Pengawas 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Perhimpunan SK Nanga Semah. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan melantik pengawas sekolah, pengawas asrama dan pengawas PSS bagi sesi 2026.

     Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan ikrar serta amanat guru bertugas. Guru Besar seterusnya menyampaikan ucapan perasmian dan menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan pengawas yang terpilih. Upacara menandatangani watikah dan bacaan ikrar pengawas turut dilaksanakan bagi menegaskan komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

      Aktiviti ini diselaraskan dengan fokus kepimpinan berkesan yang membina bimbingan instruksional dan kepimpinan murid melalui pelantikan pengawas dan mengasah nilai kepimpinan, tanggungjawab dan teladan dalam kalangan murid. Selain itu, fokus majlis ini juga adalah merujuk kepada mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna supaya dapat memperkasakan disiplin dan sahsiah murid melalui peranan pengawas serta membantu mewujudkan suasana sekolah yang lebih teratur, selamat dan kondusif.

     Impak majlis ini berjaya memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid, mengukuhkan disiplin dan budaya sekolah yang positif serta memberi motivasi kepada murid untuk menjadi contoh teladan kepada rakan lain.







            Sekolah merakamkan penghargaan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru dan serta jawatankuasa pelaksana atas kejayaan penganjuran majlis ini. 




Post a Comment

Previous Post Next Post