Program Minggu Pertama Persekolahan Sesi Akademik 2026
TARIKH : 12 - 16 JANUARI 2026
MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMA : "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera"
Program Minggu Pertama Persekolahan Sesi Akademik 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya di SK Nanga Semah bermula 12 hingga 16 Januari 2026. Program ini dirancang bagi memastikan murid kembali ke sekolah dalam suasana ceria, selamat dan kondusif serta selari dengan Fokus 3 SISC+ PPD Daro : Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut, antaranya sambutan murid di pintu pagar, perhimpunan rasmi, aktiviti Peta Sekolahku dan Kami Kenal Mereka, Payungku Terjun, aktiviti HEM bersama ibu bapa, senamrobik dan sukaneka, permainan dalaman serta program gotong-royong "Sekolahku, Syurgaku". Guru kelas turut membimbing murid dalam pengurusan buku dan jadual waktu.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mewujudkan suasanan sekolah yang ceria, mengukuhkan sahsiah dan disiplin murid serta memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan rasa cinta terhadap sekolah.
Sekolah merakamkan penghargaan kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staf dan ibu bapa atas sokongan padu sepanjang program berlangsung.
Diharapkan segala aktiviti yang telah dijalankan dapat memupuk dan menarik semula minat murid untuk datang ke sekolah bagi sesi 2026. Sokongan para ibu bapa dalam merealisasikan visi dan misi sekolah amatlah kami hargai. Semoga sesi persekolahan 2026 lebih membawa sinar kejayaan bagi sekolah kami seiring dengan pendidikan terkini.
